Friday, January 18, 2013

Tahun baru? EH!

Assalamualaikum. 
Ehemm selamat malam. EH! 2013? Rasanya lepas wedding sis Laily dah berhabuk blog aku ni ye. Harap still tak terlewat untuk wish happy new year. It's still january. Yess! January. LOL. Keadaan yang amat busy sejak melangkah sem baru. May ALLAH bless us. InsyaAllah, amin. Malam ni aku nak panjangkan entry aku ni. Taklah panjang sangat.
SOALAN.
Apa yang uolls harapkan bagi tahun baru ini atau 2013? 
Jeng!!!
Ehemm.


Mungkin ada yang impikan agar impiannya bagi tahun lepas akan tercapai bagi tahun baru ini. Maybe yes or maybe not. Who knows? Ada yang impiannya dah hancur. Tapi tak mungkin itu dah patahkan semangat you untuk bangun semula. Kan? Kalau you cuba bangun semula, mana kita tahu mungkin tahun ini tahun yang amat bermakna buat you. Bagi yang belum ada impian, mungkin tahun ni dah boleh start buat impian. Kot? Ye la, umur dah makin meningkat tapi still tak ada impian? Mungkin itu tipu. Baiklah. Tipu. =.=" Bagi yang baru berkahwin itu mungkin inilah permulaannya tapi bukan sebagai penghujungnya ya. Masih banyak lagi yang perlu di pelajari even uolls dah berkahwin. Buat student-student yang baru tu, selamat melangkah ke alam separuh dewasa. Mungkin uolls still terasa di bangku sekolah, yeahh aku pun. Tapi hakikatnya bukan. Lepas ni ke alam pekerjaan. InsyaAllah. Lagi banyaklah liku-liku cabaran yang mesti dan harus kita tempuhi. Harus. Kita bukannya semakin kecil tapi semakin meningkat ke alam dewasa. Bagi yang belum ada target, sama-samalah kita bina satu target yang baru. Bagi yang masih belum tercapai, sama-samalah kita menunaikannya agar tercapai dan bagi yang sudah mempunyai target, berdoalah agar tercapainya impian kita itu. InsyaAllah. Amin. Mukadimah bagi 2013. Cubalah untuk menjadi yang terbaik dari yang terbaik. EH!  Selamat malam. Assalamualaikum.


p/s : Sebelum terlupa, tahniah awak :')


Till then.




Wednesday, November 14, 2012

Salam Maal Hijrah






“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang berakal.”
(Surah Ali Imran : ayat 191)

Allah s.w.t berfirman :

“Demi matahari dan sinarnya di pagi hari. Demi bulan apabila ia mengiringi. Demi siang apabila ia menampakkan diri. Demi malam apabila ia menutupi. Demi langit serta binaannya. Demi bumi serta penghamparannya. Demi jiwa dengan segala penyempurnaan (ciptaan)Nya. Allah mengilhamkan kepada jiwa, keburukan dan kebaikan. Beruntunglah siapa yang membersihkannya, rugilah siapa yang mengotorinya.”
(Surah As-Syams : ayat 1-10)




Salam Maal Hijrah 1434H.
Selamat bercuti.


Till then.




Tuesday, November 13, 2012

Monday, November 12, 2012

Happy Deepavali



A very HAPPY DEEPAVALI to all Malaysians of the Hindu Faith.
Selamat bercuti.


Till then.




Wednesday, October 31, 2012

Salam Aidiladha

Assalamualaikum and hello guys.

Rasanya belum terlewat nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua muslim di dunia ni. Apakah yang dikorbankan untuk tahun ni ya? Aku tengok kawan aku terpaksa korbankan masa dia bersama keluarga tercinta untuk mencari rezeki. Wahh, kelas kau gitu weii. TAHNIAH! Untuk hang juga Jidi, hohooo ~ lols! Kalau raya tahun lepas tak berapa meriah sangat sebab ramai yang takd0k but this time ramai sangat kawan-kawan (ye la kena panggil kenduri).

Awal pagi dah bersiap then tengok kat luar rumah my cousin datang. Yeayy! Tak sangka diorang balik kampung awal la pula kali ni. Best, best, dan sangat best sebab mak long pun ada (bercerita macam-macam sampai tak kering gusi) lols. Lepas makan lontong kat rumah tok teh, berjalan ke rumah kawan-kawan panggil kenduri (dah macam orang tua panggil datang kenduri).

Ke rumah Cik Fitrah kita banyak sangat makanan yang mak dia masak hari tu. Dari nasi ke mee kuah ke kuih la. Sambil makan bergosip banyak benda la katakan. Ye la, dah berbulan tak bercerita panjang. Mak dia nak bagi kuih untuk banyakkan hantaran, erkk aku tak ambil pun (malu bhai). Apa pun thanks makcik. Straight to Sunway Carnival pula mencari sahabat yang sedang kerja. Panggil depa pula, confirm tak boleh mai sebab kerja. Rindunya kat depa ni. Best tengok depa kerja la pula -.-" adoii, nasib aku ada banyak hal tak settle lagi kalau tak aku memang join dah.

Berceloteh punya pasal sampai tak ingat nak balik rumah. Banyak lagi persiapan tak buat -.-"  


Till then.




Tuesday, October 9, 2012

Wordless Wednesday

Assalamualaikum and hello readers.




Rindu my partner :(


Till then.




Thursday, October 4, 2012

Doakan mereka

Assalamualaikum and hello readers.


Inna Lilla Wa Inna Ilaihi Raji'oon.


Salam takziah buat family Izwan Shaiful Bahri di atas kehilangan adik tersayang Muhammad Shafiq Shaiful Bahri yang maut akibat kemalangan pada 3 Oktober 2012 (dua hari yang lepas) di Sungai Petani. Arwah yang berumur 19 tahun dan merupakan penuntut UiTM Merbok. Baca selanjutnya di bawah.


MyMetro

NST


Siapa sangka pada usia yang muda Allah boleh ambil nyawa kita bila-bila masa saja. Arwah baru saja bersembang dengan aku dan Ezzati beberapa hari lepas, tu masa Aisyah call, aku tak percaya jaa :( Siapa sangkakan? Arwah seorang yang happy go lucky. Anak kedua dari empat adik beradik. 

Sebelum aku balik dari office, Aisyah cakap dia tengok dalam TL pasal arwah dah tak ada. Aku call Izwan, dia cakap memang betul dan arwah dah di bawa balik ke Hospital Seberang Jaya. Habis kerja aku pederas balik Seberang Jaya and singgah rumah Ejat sebab kat situ memang ramai yang ada. Lepas maghrib, baru semua pergi kat kampung arwah di Bagan Dalam. Memang ramai sangat orang yang datang tengok arwah. Kawan arwah yang paling rapat dari KL pun turun petang tu juga. Kat situ, berkumpulnya kami budak-budak zaman SMKSJ dulu. Dari senior sampailah ke junior. Cikgu Sharifah, Cikgu Asma, Cikgu Sulaiman (silat) semua pakat datang. Tu tandanya arwah dulu seorang yang friendly. 

Buat arwah Shafiq, semoga tenangnya dirimu di sana adik.
Buat Izwan dan family, sekali lagi takziah dan banyakkan bersabar.
Semoga arwah di tempatkan bersama orang-orang yang beriman, amin.
Al-Fatihah..



p/s : Berhati-hati buat penunggang motorsikal di luar sana dan termasuk aku juga.

Till then.




Monday, October 1, 2012

TEST.

Assalamualaikum and hello readers or haters.

Gambar ni dua minggu yang lepas bersama Atan & Jidi. Talent ni Jidi yang bawak sebab sabtu sebelum tu dia tak dapat nak join kitaorang shoot street. So, ni kira backup hari sabtu yang dia tak dapat join tu la. Opps, sorry Jidi hang memang rugi tak follow kami street.
*menganjing :P

Talent : Fatynn Asshiela
Place : Butterworth





Jangan lupa C&C :D
TQ.
Till then.




Sunday, September 30, 2012

STREET

Assalamualaikum and hello semua.
Rindu waa dak?
*muntah!
Urmm..
Sihat ke? Ada apa-apa cerita best tak?
Saya takd0k cerita best pun tapi saja nak up gambar ni.
*kelas kau peah!
Time shoot street
*teringin sangat shoot street nasib dapat :D
LALALA ~
C&C please.
TQ.


#1

#2

Jangan lupa C&C :D
TQ.
Till then.




Thursday, September 27, 2012

I'm a beginner photographer

Assalamualaikum and hello semua.

Sihat? EH! *bersawang ~ Buat masa sekarang busy tak sempat nak update apa pun dalam blog ni *kelas kau jah! Up gambar-gambar cemni je la. Boleh teratu? :O Gambar biasa, bukan sebagai profesional BUT prosak! *sila angkat kaki bagi yang menyampah!

Continue..

Gambar raya nak bubuh juga ka haa? Raya dah lepas --"*menggelabah kau! Hurmm.. Actually, aku ni budak baru pegang camera sebab minat gilerr dengan kamera ni. Bila nampak kamera ja aku mesti jadi tak keruan, mesti nak tengok, nak belek-belek that camera. Boleh kata semua kedai la aku masuk then ushar jaa kamera. Sampai tokey kedai pun dah kenal aku -.-" Malu bhai. Tapi aku tak heran sebab itu minat aku. Walaupun tak dapat tapi aku akan pastikan one day I 'll get it! Dah malas jadi angan-angan Mat Jenin bro. Dulu boleh la aku pinjam-pinjam kamera orang, tapi dah nama pun pinjam bhai mesti bagi balik. Tak pasal nanti kena cop rembat barang orang la pula. LOLs! 

Hari-hari tengok kamera di kedai, pehtu tengok harga. Mahal bhai. Mana aku nak cari duit beli ni? :O Takkan nak minta dengan abah, dah besar pun. Urmm :( Demi mencapai target yang bertahun-tahun dah aku pendam, finally aku berjaya juga beli. Alhamdulillah. Yeayy! 3 tahun tu beb gua nak dapat. Tu pun bersandarkan pada duit gaji yang aku kerja fulltime dulu, dihimpunkan bersama duit aku kerja partime baru-baru ni. Mak abah tambah sikit, hiuwww dapatlah baby tomei ni ! EH! LOLs ~

Nak typing panjang-panjang aku tak tau la pula nak story bab apa lagi. Hurmm.. Pasal gambar-gambar yang aku letak ni sebab aku nak minta tunjuk ajar la nohh buat sifu-sifu di luar sana. I'm newbie and I need your C&C please. Kalau boleh C&C tu letaklah your email. Tak payah nak jadi anonymous sangatlah. Continue balik.. Thanks to my bro, sebab sudi tolong ajar gua. Credits to you. 

Jom ushar gambar yang gua tangkap tak seberapa ni.


#1


#2

#3

#4
Talent : Izzaty Nasuha
Place : Penang
Lepas ni mungkin saya akan update beberapa gambar lagi.
Follow up please ;)
Jangan lupa C&C.
TQ.

Till then.




Wednesday, September 26, 2012

Wordless Wednesday

Assalamualaikum and hello semua.
Dah lama tak update apa-apa.
Sorry, I'm quite busy :(
BUT
Ini dulu untuk hari ini.
EH!




Tunggu next post :P
Till then.




Saturday, September 15, 2012

Once again

Assalamualaikum, salam satu Malaysia.

 HALLUUU..
Dah lama tak update blog. Semua pakat masuk draft ja. Rindu sangat nak berblogging macam dulu.
Buat masa sekarang buzy sikit sampai tak sempat nak update apa pun
*kalah mak DATIN yeww !
Di office mahupun di rumah pun buzy.
Syukur alhamdulillah, di murahkan rezeki di bulan yang mulia ini.
Hari ni last syawal.
29 Syawal 1433
Sebelum terlewat, nak juga ucap ;

Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin

kepada pengunjung blog yang ceroiy ini dan kawan-kawan seperjuangan saya sekalian.
*macam tulis surat pula =.="
Kuih raya dah habis belum? Kat my house still ada ni, maih beraya dengan cek dulu :P
*uikks!
Sebelum nak up gambar-gambar raya ni terlupa nak ucap

HAPPY BIRTHDAY MALAYSIA!

Ya, ulangtahun yang ke-55 tahun.
Syabas Malaysia.
I'm proud to be a Malaysian.
*lambat wish :P



Dengan Cik Fitrah kita raya first :D

Gambar yang lain akan datang ye ^.^
Sabar..

p/s : Please wish me luck for event hari ni dekat office. Still bingung teks tak sediakan lagi -.-"
*Jam 4 a.m. dah ni*
Btw, selamat bercuti and happy Malaysia day ;)
Take care guys.

Till then.




Thursday, July 26, 2012

KEBOSANAN!

Assalamualaikum and helo-helo semua.
Sihat ke?
Bulan yang mulia ni amacam puasa?
*lari dari title sat*
Baru hari ketujuh puasa apa feeling ampa semua.
Wahhh, seminggu dah puasa. Masa cepat berlalu, nanti pejam celik pejam celik dah nak raya :D BEST TU!!
Urmm. You all dah nak buat/beli kuih? Dah order? Baju raya dah siap beli? Lampu liplap dah menyala ke kat luar? Kain langsir dah siap pasang ke? HAHA! Tu terlebih excited nak raya dah :D Alhamdulillah, tahun ni rasa ok sikit berbanding tahun lepas. Tahun lepas aku sempat lagi buat partime, cari duit raya la. LOL! Even tak banyak tapi kepuasan bila dapat gaji umpama duit raya. YESSS!! Hasil titik peluh sendiri. Wahhh :D
Tahun ni?
InsyaAllah nak teruskan macam yang dulu :D
Aku nak rehat-rehat, chatting dengan kawan-kawan, duduk office sampai lebam, duduk CC dari pagi sampai petang. HOHO ~ Urmm.. Teruskan ye Cik Marsh, maaf kalau menyusahkan anda :D
Nanti kita boleh kerja sama-sama la nohh.
InsyaAllah :)

motif? copyright google.

Pelik?
Tengok tajuk post kat atas pun boleh pahamkan apa yang nak story.
KEBOSANAN yang melanda apabila bos takdok!
Takdok kerja sangat tapi nasib Encik Shahir tolong cover kami semua.
Isnin lepas aku dengan partner aku ada buka kaunter kat Bank Islam, memang banyak sangat story yang kami dapat. Hee! Bila kita turun padang, baru kita tahu apa perasaan orang ramai mengenai kerja yang kita buat.
Contoh bila kita duduk di kaunter, ada saja gelagat. Gelagat yang best and gelagat yang tak best. Tapi itulah asam garam bila bekerja. Kalau takdok gelagat, takdok la cerita. Kan3 :D
Tak paham?
Pahamkan sendiri.
HAHA!

p/s : Aku rasa aku pelik hari ni -.-"

Till then.





Friday, July 20, 2012

For you my dear :)

Assalamualaikum and hello semua.

Missing you whenever I saw rain when people enjoy the rainy weather and their coffee
But i miss you when every drop of water fall on my face I miss you
Missing you whenever I saw the depth of sea that how strong our love was
Missing you when I saw the road which brings us towards the valley of dream
Missing you every time whenever i think about
Mssing you is a great feelings of ones life
:)


Being good friends with someone in the past and look back at a memory, and then missing them. 


p/s : Don't take someone for granted just because everytime you push them away, they'd always come running back. Because one day, they won't.


Till then.





Takruf Ramadhan :)

Assalamualaikum and hello semua.

Doa malaikat Jibril menjelang Ramadhan :
"Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut :

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
* Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekelilingnya."

Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali.

Dapatkah kita bayangkan, yang berdoa adalah Malaikat dan yang mengaminkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu dikesempatan ini saya terlebih dahulu memohon ampun dan maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja mahupun yang di sengajakan selama saya menjadi blogger ini, mungkin ada :

- Bahasa-bahasa yang kurang sopan,
- Ada ulasan yang tidak matang,
- Ada isu yang agak sensitif,
- Termarah dengan sengaja atau tidak sengaja,
- Tersindir,
- Typo,
- Dan banyak TER lagi laa
 :)

p/s : Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaAllah.

Till then.





Thursday, July 19, 2012

Salam Jumaat :)

Assalamualaikum and hello semua.
Salam satu malaysia.
Salam Jumaat.
Salam Ramadhan Al-Mubarak.
:)
Dalam diam-diam tak sangka ramadhan dah dekat, kan?
*Dah dekat apa, esok ja pun nak puasa. Hee!*
Time ni la semua pakat kalut nak ganti puasa, nak beli barang raya, kuih-muih, pelita and many more.
Buat masa sekarang aku tak beli apa-apa lagi pun. Baju raya maybe dah siap kot kat makcik belakang rumah. Huhu, nampak sangat dah lama prepare. Baju yang lain tak oter badan lagi -.- Maybe lepas raya pa siap. Ok, tutup cita pasal tu semua. Puasa pun tak start lagi dah kalut nak cakap bab barang-barang raya ni. Hee, excited! 
Urmm, my bos hari ni dah naik flight pukul 10 pagi tadi pergi umrah 10 hari!! Wahh, merdeka sat :P
Saya dan kawan-kawan doakan encik serta family selamat pergi dan selamat sampai.
InsyaAllah :)
Jangan lupa ole-ole dari sana :D
Kami kat sini tak buli Anas (anak saudara bos), encik jangan risau :P
Hee!

copyright from google.
 
p/s : Ramadhan tiba lagi tahun ni. Syukur ke hadrat Allah SWT yang telah memanjangkan usia dan mengurniakan kesihatan yang baik kepada kita untuk sekali lagi diberi peluang menyambut bulan yang penuh berkat ini. Manfaatlah sebaiknya peluang yang hanya datang setahun sekali ini :)

Till then.





Friday, July 6, 2012

Sepetang bersama twinkle-twinkle :D

Assalamualaikum and hello semua.

Selamat malam :)
Wahhh, best gilerr baq hiang tadi petang :D
*(mula nak merapu)*
Dapat lepaskan rindu gua kat waa punya twin. Fuhhlamakkkkk, makkk, makkkk, makkkkk!! Ok, malam ni agak hanggg sikit sebab pekena dark mocha. Ni semua angkara si Adha pekena aku then si Jas buli aku.
*(jengjengjengggg, jas buli aku ka aku buli dia nihh -..-")*
Berphotographerkan my young sis, macam-macam adegan kami. 
Heee.
Nak stalker?
Amek ni sudah la :P

selebihnya dalam fb :D

p/s : Janji ditepati sayang . Kbhai ~ :D

Till then.





Thursday, July 5, 2012

My younger sister

Assalamualaikum and hello semua.

Tengah malam yang sunyi menandakan pukul 4.00 a.m, time ni la best untuk aku karang apa-apa saja. Selalunya aku baca novel, tapi kali ni malas pegang novel pula. Pelik, tak boleh nak pejam mata lagi -.- Seruan nak pergi praktikal dah panggil kot. Sem 4 praktikal, huhh nanti sem 5 masuk balik study. Yang bestnya, tak sabar nak jumpa my classmates! Cuti tak sampai seminggu hari tu pun rindu setengah mati dah, kali ni 8 bulan tak jumpa. Uarrghhh, sedih siokk! Yaaloorrr, mengalahkan orang bercinta. So what?!
Malam yang dingin, Hujan, hujan, hujan, dan hujan. Alhamdulillah hilanglah jerebu kat Penang ni. Berdendangkan lagu Take a bow by Rihanna lagi merancakkan untuk aku tulis apa-apa saja dalam ni (padahal lagu slow ja tu). Actually tak tau nak karang apa daa -.- Aku bukan seorang yang heavy berblogging pun. Berblogging apabila aku rasa rajin sangat-sangat ja, diulangi rajin sangat-sangat SAHAJA! Ehemm-ehemmm, best bila tadi dapat bersembang dengan my best boyfie time standard 6 dulu :D Mengulit kenangan sekolah rendah pula dah :P
*berbalik kepada tajuk asal*
Urmm,
Bertajukkan my younger sister, nak story sikit la pasal budak kecik ni. Sekarang tengah nak demam UPSR tapi still nak main-main. Aku yang tak ambil exam pula kalut dengan dia (biasalah tu -.-").
Malas nak karang panjang-panjang tengok pictures aku dengan dia cukup. Pergi mana pun mesti ikut punya la :P 
*tiba-tiba dengar lagu duet JIKA by Melly and Ari Lasso*
EH?

time shoot dengan abg Hapis
 

p/s : Perubahan yang positif membawa kesan yang baik terhadap sekeliling :)

Till then.





Tuesday, July 3, 2012

Wordless Wednesday

Assalamualaikum and hello semua.


p/s : Awak, sedih tengok keadaan awak sekarang. Aunty jumpa saya then cakap awak sekarang bukan awak yang dulu. Awak dah lain sangat. Harap awak banyak bersabar ye. Allah Maha Adil, berdoalah selalu kepada Dia Yang Maha Mendengar. InsyaAllah dipermudahkan segalanya.

Till then.





Selamat hari ulang tahun CIKGU ;)

Assalamualaikum and hello semua.

Happy Birthday !
Hari ni ulang tahun kelahiran cikgu Mariani binti Embran.
Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, hidup sentiasa diberkati oleh Allah, dan bahagia disamping keluarga tercinta. Jasa baik cikgu tak dapat kami lupakan ;)
Cikgu kaunseling kami dari form 1 sampailah form 5. Semua benda sharing is caring maa ~
Kelab Nafas Baru.
Cikgu adalah terbaik :D
From us 5mpv 2009 :)

4 girls MPV'09
KNB
Timesquare :D

p/s : Saya rindu zaman sekolah laa ~ 

Till then.