Saturday, March 24, 2012

Alhamdulillah , Syukur sangat walaupun TERKILAN :)

Assalamualaikum semua .

Kalau baca tajuk post kat atas mesti tertanya-tanyakan apa yang syukurnya ? Apa yang terkilannya kan ? Story panjang , tapi aku pendekkan ok ? Cita part terkilan dulu la .
Aku dah janji dengan someone ni nak keluar teman pi kenduri . Kenduri bukan dekat , jauh nuhh kat area mana tah tapi yang aku tau 3 jam juga drive -.- *macam pi kl pula
Itu satu hal , tapi janji dah sebulan lebih sebelum date 17 March 2012 last-last aku ada kelas pula Sabtu lepas . Huhh . Projek oh projek ! Mau tak mengamuk budak tu . Warghhhh , plan punya plan pun tak boleh nak buat apa la *jangan plan awai-awai takut tak jadi
 Baju yang dah tempah memang siap weh !! Memang tension sangat sebab aku yang patut shoot kat sana hampeh la -.- Bila semua dah tension dengan aku , depa pun pergi tinggalkan aku ja . 
Bubye :'(
Selalu orang akan cakap Allah itu Maha Adil .
Yulp , memang pun !
Alhamdulillah , pelan-pelan kayuh orang cakap . Aku dapat buat job kat tempat lain pula .
Syukur sangat :)
The end part ni .
Aku pun nak share tentang satu kisah hidup aku ni . Buat semua kaum Adam dan Hawa yang tengah hot bercinta . Hehe , sure bara siapa yang dok terasa hot bercinta ni . Ayat ni adalah untuk ampa ketahui dengan lebih jelas dan terang mengenai si dia adalah jodohmu atau tidak . Ustazah bagi satu ayat kat aku . Ayat tu adalah ;
"Ya Allah , tunjukkanlah petunjukmu . Jikalau dia adalah jodohku , Engkau dekatkanlah tetapi jikalau dia bukan jodohku , Engkau jauhkanlah dirinya daripada aku ."
Baca setiap kali dalam doa selepas solat . Aku dah pernah buat pun . Alhamdulillah , masing-masing bawa diri . Aku pun rasa tenang sangat , tak la serabut macam time duk hot bercinta dulu nuhh . Kuikuikuiii !
 Bila kita reda dan ikhlas menerima sesuatu keadaan itu , Allah pasti akan beri lebih daripada apa yang kita dapat dan perolehi . InsyaAllah , dengan kehendak serta nawaitu kita :)
Belajarlah bersabar menerima suratan dan takdir .
InsyaAllah .
Sabar ?
Bercakap tentang sabar ni buat masa sekarang aku tengah tunggu kelulusan dari mana-mana pihak company untuk buat praktikal kat tempat diorang . InsyaAllah , tak lama lagi keluar la keputusan tu . Berdebar !



p/s : Segala-galanya bermula dari bawah . Janganlah pernah ada rasa bongkak , sombong , dengki , dendam dan sewaktu dengannya terhadap orang sekeliling kita kerana setiap nawaitu kita itu adalah tanggungjawab kita untuk memikulnya kelak . Bukan saja berpesan pada semua tapi beringat juga pada diri saya sendiri . InsyaAllah . Ikut rasa binasa , ikut hati MATI ! .<3Purple :D

Till then .



No comments:

Post a Comment