Monday, April 2, 2012

PINTU REZEKI :)

Assalamualaikum semua .

Nak share dengan semua orang tentang PINTU REZEKI :)

MEMBUKA PINTU REZEKI

Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..

" Setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu
(tak kira masih hidup @ telah tiada )
" Nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu "

Berdasarkan Hadith Nabi :
" Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa
kepada kedua orang tuanya dalam sehari "

Huraian hadith:
- Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa
(baik yang hidup mahupun yang sudah tiada)
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa
(walaupun ada ibu bapa yang leka , doakan agar mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa , berdoalah dengan bersungguh-sungguh .
Tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 kita dan mereka
yang banyak menolong kita
(berdoa perlu benar-benar dan bersungguh-sungguh)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua , akan disempitkan rezeki oleh Allah

Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga , tak perlu ada ilmu pelaris .
Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari .
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit , tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah
(makan , kesihatan , kasih sayang , ilmu)
InsyaAllah .
Berusaha dan bertawakal .
Insyallah ,
- Rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM ,
(kata Azmil Mustapha)
Mari kita cuba .
AllahhuAkhbar .
InsyaAllah
AllahhuAkbar !



p/s : Kerana mulut badan binasa . Jagalah hati mereka selagi mereka masih hidup di muka bumi Allah s.w.t. ini . InsyaAllah :) Ayam berkokok , azan dah berkumandang . Selamat pagi dunia ^.^ ! Bye .

Till then .



No comments:

Post a Comment