Thursday, October 4, 2012

Doakan mereka

Assalamualaikum and hello readers.


Inna Lilla Wa Inna Ilaihi Raji'oon.


Salam takziah buat family Izwan Shaiful Bahri di atas kehilangan adik tersayang Muhammad Shafiq Shaiful Bahri yang maut akibat kemalangan pada 3 Oktober 2012 (dua hari yang lepas) di Sungai Petani. Arwah yang berumur 19 tahun dan merupakan penuntut UiTM Merbok. Baca selanjutnya di bawah.


MyMetro

NST


Siapa sangka pada usia yang muda Allah boleh ambil nyawa kita bila-bila masa saja. Arwah baru saja bersembang dengan aku dan Ezzati beberapa hari lepas, tu masa Aisyah call, aku tak percaya jaa :( Siapa sangkakan? Arwah seorang yang happy go lucky. Anak kedua dari empat adik beradik. 

Sebelum aku balik dari office, Aisyah cakap dia tengok dalam TL pasal arwah dah tak ada. Aku call Izwan, dia cakap memang betul dan arwah dah di bawa balik ke Hospital Seberang Jaya. Habis kerja aku pederas balik Seberang Jaya and singgah rumah Ejat sebab kat situ memang ramai yang ada. Lepas maghrib, baru semua pergi kat kampung arwah di Bagan Dalam. Memang ramai sangat orang yang datang tengok arwah. Kawan arwah yang paling rapat dari KL pun turun petang tu juga. Kat situ, berkumpulnya kami budak-budak zaman SMKSJ dulu. Dari senior sampailah ke junior. Cikgu Sharifah, Cikgu Asma, Cikgu Sulaiman (silat) semua pakat datang. Tu tandanya arwah dulu seorang yang friendly. 

Buat arwah Shafiq, semoga tenangnya dirimu di sana adik.
Buat Izwan dan family, sekali lagi takziah dan banyakkan bersabar.
Semoga arwah di tempatkan bersama orang-orang yang beriman, amin.
Al-Fatihah..



p/s : Berhati-hati buat penunggang motorsikal di luar sana dan termasuk aku juga.

Till then.




No comments:

Post a Comment